satu ketika dahulu, aku minat dan suka mendengar masalah orang lain. dan
dalam masa yang sama juga, aku rasa dihargai bila orang bercerita
masalah dorang kepada aku... sekurang-kurangnya, pengalaman mereka
mempunyai masalah, aku jadikan sebagai panduan hidup... juga sebagai
cerita untuk mereka2 yang mempunyai masalah yang hampir sama... tapi,
aku tidaklah kata nama betul orang tersebut, cuma aku menggunakan nama
samaran... alah, macam dalam cerita ceriti... Saripah (bukan nama
sebenar) bla... bla... bla...
selalunya, bila orang menceritakan masalah dia, ayat aku hampir sama jek... iaitu....
"ko takleh camni... ko kene sabar... ko tengok orang A tu, lagi susah... bla... bla... bla... "
selalunya, nak menaikkan semangat orang, aku akan membandingkan kes2
aku, ataupun orang lain... rupa2nya, bila lama dah jadi kaunselor tak
bertauliah, aku rasa lebih baik aku menjadi pendengar sahaja. daripada
memberikan pendapat aku sendiri, atau compare dengan kes2 yang lebih
teruk daripada masalah yang dicerita... sebabnya, bila dah terkena
dengan batang hidung mulut telinga muka pipi sendiri, barulah rasa
camana bila orang compare masalah kita dengan kawan dialah, kawan kepada
kawan dialah, kawan kepada kawan kepada kawan dia yang dia sendiri
taktau betol atau tidak... to be honest, agak sedikit sakit hati... aku
paham, tujuannya untuk memberikan semangat kembali... tapi bila tengah
dalam keadaan sedih, agak susah nak terima cerita orang lain
sebenarnya... kan??? tu yang aku rasalah...
contohnya, ketika aku meng'update' status di FB (orang perasan gelemer mmg macam ni sipatnya - cakap depan cermin ye, bukan cakap depan orang)
menyatakan bahawa zah gagal lagi dalam permohonan rayuannya untuk
berpindah, ramai jugak yang simpati.... tapi ada jugak yang aku terasa
dengan komen yang diberi (biasalah, walaupun tak penah datang bulan, tapi tetap terasa hati lagi2 bila tengah sedih)...
kata2 mereka yang lebih kurang, mintak aku bersabar banyak2, mintak
lagi tahun depan, kawan dia yang dok jauh seberang laut (semenanjung - sabah sarawak) tetiap tahun mintak tukar tak dapat, etc... etc... etc...
jangan salah paham... aku bukan salahkan kawan2 aku ni... cuma agak
sedikit terasa hati... sikit je pun... tak banyak... lepas lelama,
hilanglah jugak... mujurlah leh lawan perasaan tu...
teringat suatu ketika dulu, ada seorang yang mengeluh kerana isterinya
tidak dapat berpindah... maka aku pun memberi komen yang lebih kurang
begini;
"insyaAllah, ada rezekinya nanti... at
least ko baru kawin.. takdelah ralat sangat... aku ni, anak dah berderet
(masa tu sorang je), still duduk jauh..."
maka di jawabnya;
"sekurang-kurangnya, ko dah ada anak dan
dah lama bersama. aku ni, duduk jauh... dahlah baru kawin.... alamat,
makin lambatlah dapat anak... "
ambil lagi satu contoh ni... seorang yang telah keguguran anak;
"ko kene sabar. insyaAllah ko akan mendapatr balasan syurga... "
ada juga yang akan kata;
"sekurang2nya ko gugur masa kecil, aku ni, meninggal ketika dalam perut..."
mungkin ada pula yang menjawab ayat di atas;
"sekurang2nya ko tidak sempat serta
tiada kenangan dengan anak yang belum sempat lahir, aku ni meninggal
ketika umur 6 bulan... lagi siksanya menanggung kerinduan sebab aku
penah pegang dia..."
dan yang wanita yang anaknya keguguran tadi menjawab;
"sekurang2nya ko dah merasa baby bergerak dalam perut... aku tak sempat merasa lagi"
dan macam2 lagilah ayat yang akan keluar untuk menunjukkan bahawa dialah yang paling berat dugaan nya...
maka dari situlah aku mengambil pengajaran...
kadang2 apa yang orang rasa, tak sama dengan apa yang kita rasa walaupun
musibah yang menimpa hampir sama. mungkin kita rasa orang tu masih
bernasib baik bila compare dengan orang lain atau dengan kita sendiri...
tapi, hanya dia yang mengetahui macam mana rasanya... ada setengah
orang boleh dimotivasikan dengan membandingkan diri mereka dengan orang
lain, ada setengah orang hanya boleh dimotivasikan dengan hanya menjadi
pendengar sahaja, dan ada juga sesetengah orang, lebih suka mendiamkan
diri sahaja. lain padang lain belalang...
sebab itulah, sekarang ni, aku jarang nak bagi 'nasihat' kat orang
yang bertanya... biarlah mereka sendiri yang mencari jalan penyelesaian
atau merasa sendiri... lebih suka mendengar sekarang ni... dan kalau
apa2 sahaja musibah menimpa sahabat2, seorang sahabat pernah berkata
padaku;
"lebih baik ko memotivasikan dia dengan
berdoa supaya diberikan kesabaran dalam menempuh dugaan, dan bukannya
MENYURUHNYA bersabar... "
